|
Pada hari ini dalam tahun 1945,
10,000 orang Melayu di bawah anjuran Persekutuan PersetiaanMelayu Kelantan
telah mengadakan perarakan kerana membantah penubuhan Malayan Union.
Perarakan ini diadakan berikutan perjumpaan
Sir Harold Mac Michael dengan Sultan Kelantan untuk menandatangai Perjanjian Penubuhan
Malayan Union yang akan membuka pintu kepada bangsa-bangsa asing dan mempunyai hak
yang sama dengan orang Melayu.
Perarakan tersebut telah menuju ke rumah Ketua Pegawai
Hal Ehwal Awam Kelantan untuk menyampaikan bantahan orang Melayu seluruhnya.
hasilnya Ketua Pegawai Hal EhwalAwam Kelantan
bersetuju akan menyampaikan bantahan tersebut kepada Sir Harold Mac Michael.
Kemudiannya perarakan tersebut menuju ke
Istana Sultan Kelantan dan menyembahkan bantahan penubuhan Malayan Union
kepada Baginda Sultan Kelantan dan diperkenankan.
Sesungguhnya hari ini dalam tahun
1945, adalah satu tarikh bersejarah bagi orang-orang Melayu Kelantan
dalam usaha menentang dasar penjajahan Inggeris.
|
No comments:
Post a Comment