Wednesday, October 2, 2013

PERARAKAN MENENTANG MALAYAN UNION DI KOTA BHARU












              



Pada hari ini dalam tahun 1945, 10,000 orang Melayu di bawah anjuran Persekutuan PersetiaanMelayu Kelantan telah mengadakan perarakan kerana membantah penubuhan Malayan Union.
Perarakan ini diadakan berikutan perjumpaan Sir Harold Mac Michael dengan Sultan Kelantan untuk menandatangai Perjanjian Penubuhan Malayan Union yang akan membuka pintu kepada bangsa-bangsa asing dan mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu.
Perarakan tersebut telah menuju ke rumah Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan untuk menyampaikan bantahan orang Melayu seluruhnya. hasilnya Ketua Pegawai Hal EhwalAwam Kelantan bersetuju akan  menyampaikan bantahan tersebut kepada Sir Harold Mac Michael.  
Kemudiannya perarakan tersebut menuju ke Istana Sultan Kelantan dan menyembahkan bantahan penubuhan Malayan Union kepada Baginda Sultan Kelantan dan diperkenankan.
 Sesungguhnya hari ini dalam tahun 1945, adalah satu tarikh bersejarah bagi orang-orang Melayu Kelantan dalam usaha menentang dasar penjajahan Inggeris.

BIODATA

NAMA :NORHASMIRA BINTI HAMID

NO,MATRIK :C12A554

EMAIL : MIERAIRA92@YAHOO.COM

KOS : SCW

ALAMAT : NO7 KAMPUNG KEDAP 17200 RANTAU PANJANG KELANTAN

TAJUK HIDS : CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN                                    UNION

AHLI KUMPULAN : NOR EMIAZILA BT MOHD RAZALI C12A545
                                   NUR AMALINA BT MAZLAN C12A558